"Aidilfitri,
Hari bahagia,
Hari yang mulia,
Sembah salam bersama dipinta,
Selamat, selamat hari raya..."
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua.
Tanggal 30 Julai baru-baru ini, pihak sekolah meneruskan tradisi menyambut perayaan hari raya peringkat sekolah dengan cukup meriah. Anak-anak murid kesemuanya bergaya sakan dengan baju raya masing-masing. Yang perempuan, kecil-kecil pun sudah pandai melilit tudung mereka. Comel! Tidak kalah juga para ustaz dan ustazah.
Untuk pengetahuan semua, setiap guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan akan menyediakan juadah berbeza-beza. Ala-ala konsep rumah terbuka. Antara menu yang ada sudah tentulah nasi impit kuah kacang, pulut kuning, bihun sup, dadih, kek cawan, buah-buahan dan banyak lagi.
Acara turut diselitkan dengan persembahan oleh para murid dan guru-guru juga. Cukup menghiburkan! Jadi, di kesempatan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir dan Batin.




