Assalamualaikumwarahmatullahiwabaraktuh semua.
Bertemu kita di hari Jumaat penghulu sekalian hari. Rakan-rakan yang tiada keuzuran jangan lupa baca Surah Al-Kahfi ye. Kali ini, saya ingin berkongsi tradisi warga Seri Al-Ain sejak bertahun lamanya. Setiap hari Jumaat, memang sudah ada carta giliran untuk membawa 'potluck' juadah ke sekolah untuk dirasai bersama semua rakan guru dan kakitangan sekolah. Selain pandai mengajar dan mendidik, guru-guru ini pun pandai memasak. Macam-macam juadah menarik yang disediakan setiap minggu. Saya yang baharu setahun jagung di sekolah ini rasa sangat seronok dengan tradisi sini. Dapat kita berkongsi rezeki dengan yang lain selain mengeratkan silaturrahim. Jaga diri, jaga solat.


No comments:
Post a Comment