Showing posts with label pulut kuning. Show all posts
Showing posts with label pulut kuning. Show all posts

Monday, 26 January 2015

Majlis Khatam Al-Quran Penuh Barakah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Syukur Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quram anak-anak SRI Al-Ain telah berlangsung dengan jayanya dalam penuh kesederhaan pada tanggal 23 Januari 2015 yang lalu. Lebih kurang 30 anak murid yang turut serta dalam majlis ini dan kebanyakannya murid-murid Tahap 2. 


Dalam majlis tersebut, pihak sekolah ada menyediakan bunga telur dan cenderamata kepada semua peserta. Selain itu, setiap peserta dan para muallim juga turut meneruskan tradisi membawa juadah pulut kuning beserta rendang untuk buah tangan dan bersedekah kepada semua. Wah barakahnya! Menurut Ketua Guru SRI Al-Ain, Pn. Hjh. Hashimah, program seumpama ini merupakan program tahunan sekolah dan apa yang beliau dan rakan guru harapkan murid-murid akan dapat menghayati dan mencintai keindahan Al-Quran kerana Baginda Rasulullah S.A.W mewasiatkan kita dengan Al-Quran dan sunnah dan perlu kita pegang sehingga ke akhir usia. InshaAllah. 


Untuk pengetahuan semua, sejak awal penubuhan sekolah, pihak sekolah menawarkan kelas mengaji untuk murid-murid sekolah yang kebiasaanya dijalankan setelah selesai sesi PdP. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakan kerana ia memudahkan ibu bapa juga yang tidak perlu lagi menghantar anak-anak mereka ke kelas mengaji pada sebelah malam.