Showing posts with label UPSRA. Show all posts
Showing posts with label UPSRA. Show all posts

Tuesday, 24 November 2015

Pendaftaran 2016 dibuka sekarang! Jom!


Assalamualaikum semua,

Musim persekolahan 2016 bakal bermula lebih kurang satu bulan dari sekarang. Jadi kepada ibu bapa dan penjaga, sudah decide sekolah mana yang akan kalian hantar anak-anak kalian untuk pendidikan agama mereka bagi tahun 2016 ini? 

Ustazah syorkan jom ramai-ramai daftarkan anak-anak kita di Sekolah Rendah Islam Al-Ain Kuala Selangor yang terletak di Lorong Teratai, Bandar Baru Kuala Selangor tu. Alhamdulillah, tahun 2015 ini merupakan tahun ke 15 sekolah ini beroperasi di daerah Kuala Selangor. 15 tahun, bukan tempoh yang singkat. Ustazah dapat tahu dari Ketua Guru, Pn Hjh Hashimah dan beberapa ustazah senior yang lain, pelbagai rintangan dan dugaan yang mendatang tetapi sekolah ini tetap utuh berdiri kerana nawaitu yang murni - memberikan pendidikan agama yang terbaik dan selesa kepada anak-anak di Kuala Selangor. InshaAllah.

Apapun, segeralah hubungi talian dalam brochure diatas. Boleh hubungi Pn. Hjh (017-3940513) ataupun Pn. Naza (017-6810571) sekarang. Ingat, hanya 25 murid sahaja akan diterima untuk setiap kelas. Ini kerana satu kelas hanya diperuntukkan untuk 20 - 25 murid sahaja barulah para mudir dapat fokus. Selain pendaftaran tahun 1 2016, pendaftaran untuk kelas pra untuk adik-adik 5 & 6 tahun turut dibuka juga seperti biasa. Jika sebelah pagi, adik-adik kita dah ke pra sekolah ataupun tadika-tadika harian, bolehlah memilih kelas pra agama di SRI Al-Ain untuk sebelah petang. Barulah seimbang duniawi dan ukhrawi kan? Biiznillah.

Sebelum berundur, suka Ustazah kongikan bahawa seramai 3 calon PSRA tahun ini memperolehi keputusan Mumtaz (90%), 12 murid mendapat Jayyid Jiddan (80%), 3 Jayyid dan hanya 2 murid sahaja Maqbul. Keputusannya 100% LULUS. Tahniah buat para murid dan semua guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak murid SRI Al-Ain sedari mereka Tahun 1 -6. Semoga adik-adik yang berjaya ini akan mendapat tempat di sekolah berasrama penuh yang terbaik dan teruskan kecemerlangan di masa mendatang. Yang kurang berjaya, ini bukan pengakhirannya. Masih jauh lagi perjalanan ye adik-adik. Sekian, selamat bercuti sekolah buat semua. Jaga diri, jangan tinggal solat ye. Assalamualaikum.

Friday, 18 September 2015

Bengkel Teknik Menjawab PSRA 2015


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Debaran ujian PSRA semakin dirasai, tinggal lebih kurang 1 minggu lagi sebelum 21 calon PSRA SRI Al-Ain akan menduduki ujian tersebut. Buat anak-anak tahun 6, pihak sekolah ucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya. Semoga setiap usaha yang telah kita sama-sama lakukan akan mendapat redhaNYA serta memberikan kejayaan kepada kita semua. InshaAllah. 

Pihak sekolah turut merakamkan jutaan penghargaan kepada beberapa pakar dalam subjek PSRA yang telah sudi meluangkan masa hadir berkongsi tips dengan calon-calon PSRA SRI Al-Ain. Syukran ustaz dan ustazah-ustazah. 




Kepada anak-anak murid calon PSRA, ingat, masih lagi ada masa untuk mengulangkaji pelajaran, banyakkan berdoa, solat hajat dan cuba lakukan yang terbaik. Sekiranya anda mendapat keputusan yang cemerlang, peluang anda untuk memasuki sekolah berasrama penuh aliran agama akan lebih cerah. Setiap guru mendoakan kejayaan anda. Selamat berjuang!