Showing posts with label PdP berkesan. Show all posts
Showing posts with label PdP berkesan. Show all posts

Tuesday, 1 September 2015

Keselesaan Murid, Keutamaan Kami


Assalamualaikumwarahmatullahiwabaraktuh buat semua.

Kali ini, ustazah ini berkongsi tentang faktor yang mempengaruhi keberkesanan sesebuah proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) didalam bilik darjah. Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi 'mood' seterusnya akan membawa kepada kejayaan sesebuah PdP. Di Sekolah Rendah Islam Al-Ain, kami amat menitikberatkan keselesaan murid. Sebab itulah, dalam setiap kelas, hanya terhad kepada 20 sehingga 25 murid sahaja. Saiz kelas yang sederhana ini dapat membantu para ustaz dan ustazah untuk lebih fokus kepada setiap murid selain mencipta suasana yang kondusif.


Selain itu, pada setiap hujung tahun, yakni ketika anak-anak murid bercuti, setiap guru ditugaskan untuk memperbaiki ABM sedia ada dan seandainya ada yang sudah rosak, ianya perlulah digantikan dengan yang baru. Kebiasaannya, para ustaz dan ustazah akan membuat 2-3 bahan baharu untuk menarik perhatian murid pada sesi pembelajaran tahun baharu kelak. Satu lagi, apabila bilangan murid tidak terlalu ramai didalam sebuah kelas, sangat mudah dan selesa untuk guru membuat pengajaran dalam bulatan dan kerja berkumpulan juga mudah untuk dipantau. Inilah salah satu kelebihan sekolah kami yang menjadi antara faktor utama ibu bapa dan penjaga memilih untuk mendaftarkan anak-anak mereka disini. InshaAllah, para ustaz dan ustazah akan sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu pengajaran kami agar ianya berkesan kepada semua murid. Sekian sahaja, Assalamualaikum.